Saturday, August 20, 2011

For teachers to ponder :)

wah...lamanya x update....since i'm too lazy to write any post and yet want to update my blog , so i decided to share my pidato text that i did last week for my sister who desperately need a text within a day for her pidato competition...It was late at night when i received her call and asked for help....WHAT D?...but for god sake, i did my best seating in front of my lappy for hours and hours trying to finish the whole text within a night...It was tiring but i would do anything for my beloved sista -ika, especially when she was trying to keep the legacy of our blood and flesh alive back....Well...hopefully she manages to place herself in representing her ipg and win then competition...i know..its quite boring, lengthy and draggy ..BUT...at least something good to b shared during this fasting month especially when u r about to become a teacher:)


Junjungan kasih buat saudara pengemudi bahtera,saf kehakiman yang arif lagi bijaksana,barisan penjaga masa seterusnya hadirin dan hadirat sekalian. Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

‘ Guru Penjana Transformasi Negara’

Sidang hadirin sekalian,

Apa kata saya membawa seantero dewan menyelusuri situasi dunia pendidikan kotemporari,yang penuh onak dan duri,sebagai intipati,cetusan pemikiran pada hari ini.Sesungguhnya ‘ Guru Penjana Transformasi Negara’ bermaksud profesion keguruan menjadi agen utama bagi memanifestasikan perubahan – perubahan yang positif dalam usaha membangunkan negara Malaysia dan seisinya secara holistik. Justeru , akan saya tunjukkan pada hari ini, transformasi – transformasi yang mampu digapai apabila guru melaksanakan tugas dengan penuh tanggungjawab dalam mendidik modal insan yang menjadi asas kepada penggerak negara.

Hadirin warga budiman sekalian,

Menyulusuri gagasan bicara perdana ‘ Guru penjana transformasi Intelektual modal insan negara’. Tidak dapat dinafikan peranan guru amat signifikan dalam menjana transformasi pendidikan terutamanya ketika Negara Malaysia , sebuah negara membangun berusaha menuju ke arah sebuah negara maju.Dan dalam usaha ini, pastinya perkembangan intelektual para pelajar yang menjadi elemen asas pembangunan negara haruslah seiring dengan kapasiti kehendak dan penilaian semasa.Untuk itu guru – guru giat merencanakan agenda dan program bagi memastikan perkembangan progresif dalam diri setiap pelajar terutama dalam menerapkan penguasaan literasi dan numerasi. Ini terbukti apabila , Y.A.B, Tan Sri Muhyiddin Yasin selaku Timbalan Perdana Menteri dan juga Menteri Pelajaran melalui teks ucapannya sempena sambutan Hari Guru Peringkat Kebangsaan 2011 , menerangkan bahawa berdasarkan statistik pelaksanaan Bidang Keberhasilan Utama Negara ( NKRA ) pendidikan,kadar literasi murid telah meningkat daripada 64 % kepada 85% manakala kadar numerasi murid pula meningkat daripada 73 % kepada 91 %.Peningkatan positif ini menunjukkan bahawa usaha guru-guru dalam memacu transformasi intelek pelajar bukanlah sesuatu yang enteng dan main- main, malah memerlukan usaha yang komited dan konsisten ke arah melahirkan modal insan yang terbilang, justeru membuktikan guru penjana transformasi negara.


Hadirin dan hadirat sekalian,


‘Guru penjana transformasi kemahiran asas dan nilai tambah modal insan Negara’. Bernafas dalam era pasca globalisasi bukanlah sesuatu yang mudah bagi setiap modal insan dalam usaha merebut peluang pekerjaan yang terhad dengan suasana kompetetif yang tinggi. Lebih malang lagi isu lambakan penganggur dalam kelompok graduan amat merunsingkan kerajaan pada hari ini apabila modal insan yang cemerlang latar akademiknya tercicir dalam usaha membangunkan negara. Timbalan Menteri Sumber Manusia, Datuk Maznah Mazlan dalam mengulas kajian yang dilakukan Kementerian Pengajian Tinggi mengenai isu ini menyatakan antara enam faktor penyumbang terpenting pengganguran membabitkan graduan, ialah kurangnya kemahiran berkomunikasi dan menulis terutama dalam bahasa Inggeris. Pokok pangkalnya bermula dari alam persekolahan lagi, apabila pelajar tidak mendapat bimbingan dan pendedahan secukupnya. Namun, usaha bestari Kementerian Pelajaran yang memperkenalkan dasar ‘Memartabatkan Bahasa Malaysia dan Memperkukuh Bahasa Inggeris’ (MBMMBI) amat bersesuaian bagi memperbaiki kelompangan ini di mana para pelajar selain ditekankan peri pentingnya Bahasa melayu sebagai bahasa pengantar kebangsaan, kemahiran pelajar dalam Bahasa Inggeris yang merupakan bahasa globalisasi utama, diperutuh kemahiran dan nilai tambah melalui pendedahan menyeluruh terutama dalam bidang komunikasi. Usaha ke arah transformasi pembaikan ini tidak sekali akan berhasil jika tiada guru yang berakauntabiliti mendukung amanah dalam menyediakan bahan dan strategi pembelajaran yang efektif kepada para pelajar sekaligus menunjukkan guru penjana trasnformasi negara.